26 January 2016

Bina Insan Guru (topik terakhir :- KEMAHIRAN KERJA BERPASUKAN)

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang...

Ini adalah topic terakhir untuk subjek Bina Insan Guru.
Kemahiran kerja berpasukan :-
terbahagi kepada dua iaitu:-
  1. Kerja secara kumpulan 
  2. Kerja secara berpasukan
Definisi Kerja Kumpulan

-individu yang melakukan kerja masing-masing dalam kumpulan tetapi tidak mempunyai matlamat yang sama dan tujuannya hanya untuk mendapatkan ganjaran.
                                                       
Definisi Kerja Berpasukan

-pasukan merujuk satu unit kumpulan orang yang mempunyai dua atau lebih yang saling berinteraksi dan menyelaras kerja-kerja mereka untuk mencapai matlamat bersama-sama.


TEAM

T-Together
E-each
A-achieve
M-more



KEPENTINGAN PASUKAN

Prinsip
  • kenali diri dan ahli pasukan
  • kenali objektif organisasi/pasukan
  • boleh bekerja dengan pelbagai peringkat
  • bertolak ansur dengan perbezaan
  • pendengar yang baik
  • cuba memahami orang lain
  • fleksibel dalam menerima teguran
  • terbuka dan tidak bertindak secara stereotaip
  • pembahagian tugas dilakukan secara bijak
  • lakukan apa yang benar

Faedah
  • persekitaran lebih bermotivasi
  • tindak balas segera terhadap perubahan teknologi
  • berkongsi tanggungjawab
  • klasifikasikan kerja untuk pembahagian  tugas lebih mudah(lebih efektif)
  • tujuan dan nilai yang sama
  • penyelesaian masalah secara proaktif, inovatif dan efektif
  • membaiki diri
  • meningkatkan kemahiran berkomunikasi
  • keputusan yang lebih bijak
  • membina skill di kalangan kakitangan 
  • sistem pengesanan masalah awal

KITARAN BENTUK PASUKAN
  • Cabaran getir pemimpin yang pertama ialah pembentukan pasukan.
  • forming(pembentukan) storming(pencetusan) norming(penormaan) perfomance(prestasi) adjourning(penanguhan)
  • permulaan~konflik~penyesuian~produktif~kejayaan/penamatan
DINAMIKA PASUKAN

~Tahap-tahap perkembangan pasukan dan ciri-cirinya :-

PERMULAAN

*belum saling mengenali
*ada rasa tidak selamat
*ada rasa terancam
*ada rasa tidak pasti
*memerhati dan diamkan diri
*mungkin bertindak agresif
*mungkin cuba mendominasi-mengawal kumpulan

KONFLIK

*banyak salah persepsi
*banyak salah komunikasi
*banyak perbezaan idea
*banyak konflik berlaku-jika gagal diatasi wujudkan kesan seperti :
tidak puas hati
mengundurkan diri
keluar dari pasukan

PENYESUAIAN

*membetulkan persepsi
*lebih empati
*menyesuaikan komunikasi
*lebih banyak mendengar
*menyesuaikan gaya diri
*kenalpasti peranan sesuai untuk menyumbang kepada kebaikan pasukan

PRODUKTIVITI

*menambahkan ciri-ciri di tahap penyesuian
*komunikasi berjalan lancar
*melaksanakan dan menyelesaikan tugasan
*mencapai matlamat kumpulan
*kebajikan ahli diberikan perhatian

KEJAYAAN/PENAMATAN

*kepuasan tercapai
*meraikan kejayaan
*merancang projek baru
*meninggalkan kumpulan untuk peningkatan kendiri

MODEL PASUKAN BERKESAN

-bergantung pada hasil kerja iaitu output yang produktif, kepuasan individu dan kemampuan untuk belajar menyesuaikan persekitaran.

FAKTOR-FAKTOR KEBERKESANAN PASUKAN

-konteks organisasi-struktur formal-persekitaran-budaya-strategi-ganjaran-sistem kawalan

KARATERISTIK PASUKAN

-etika , peranan , saiz , kepelbagaian
-pasukan yang baik tidak melebihi 12 orang

-sosioemosi & specialsisme

Alhamdulillah.. siap juga assignment individu blog ini. terima kasih kepada lecturer dan kawan kawan kerana pinjamkan nota untuk saya salin dan melengkapkan nota ini. terima kasih.

Bina Insan Guru (MISI DAN VISI KPAKK)

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang...

MISI
Untuk memupuk pemimpin yang berpengetahuan, mahir & berperwatakan.

VISI
Untuk menjadi sebuah institusi kepimpinan rujukan & pilihan.

NILAI-NILAI TERAS
Pembelajaran  bermakna berdasarkan bermain & gembira 

Kemahiran mendapatkan ilmu pengetahuan & keberkesanannya untuk kebaikan diri sendiri & masyarakat

Bina Insan Guru (INTERPRETASI BAHASA BADAN)

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang...

Masih didalam tajuk komunikasi, saya menyambung nota hari ini.

Bahasa badan:-
*berlaku tanpa menggunakan sebarang perkataan.
*kandungan boleh menunjukkan maksud yang tersirat sukar untuk dipastikan bila berakhir kerana mungkin tersembunyi.

Jenis Komunikasi Interpretasi
Terdapat 3 jenis komunikasi,antaranay ialah:-


  • komunikasi tangan.
  • komunikasi muka.
  • komunikasi kepala

komunikasi tangan

komunikasi muka

Aspek Mengukuhkan Komunikasi Interpretasi Badan

Terdapat 9 teknik/perkara interpretasi:-
  • kontak mata
  • posisi badan
  • isyarat fizikal menggunakan tangan kaki&anggota lain
  • pakaian/perwatakan
  • kepelbagaian suara
  • ditambah dengan penggunaan bahasa yabg tepat
  • penglibatan penonton'audience'
  • unsur jenaka/gurauan
  • karisma diri-cara bercakap,cara berkomunikasi

Bina Insan guru (Kemahiran Komunikasi 2)

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang...

Jenis Komunikasi:

Terdapat 2 jenis komunikasi iaitu, komunikasi secara lisan(verbal) dan bukan lisan(non verbal).
~komunikasi secara lisan ialah menggunakan suara yang difahami oleh penyampai dan penerima.
~komunikasi bukan lisan ialah mesej yang diluahkan/dipamerkan secara bukan linguistik(bahasa)
contohnya memek muka dan pergerakan mata,gerak badan,bahasa isyarat dan personaliti.

KEMAHIRAN INTREPERSONAL

Konsep Komunikasi Intrepersonal

*proses interaksi antara manusia dimana otrang yang bertutur dan bertukar-tukar pendapat,gerak,isyarat atau simbol dengan tujuan untuk memberi dan bertukar-tukar maklumat atau mengubah keadaan fizikal atau mental antara mereka.

Dua Ciri atau Peringkat Intrepersonal:-
  1. peringkat maklumat-fakta,idea dan pandangan
  2. peringkat perhubugan-perasaan,sikap dan nilai
Pra-syarat Komunikasi Intrepersonal

Terdapat 6 pra-syarat intrepersonal,antaranya ialah :
  1. Membina hubugan sosial-memahami dan menghormati unsur sosiobudaya.
  2. Wawacana ilmu-membantu mendalami pelbagai disiplin ilmu.
  3. Perundingan-mencapai persetujuan bersama.
  4. Kerjaya-dapat menjelaskan bidang kepakaran dan tahap kecekapan profesionalisma.
  5. Komuniti-memahami,menghormati dan menimbulkan rasa penerimaan dalam komuniti,situasi menjadi ceria.
  6. Bimbingan-membantu menyampaikan idea,maklumat,perasaan dan ekspresi tingkah laku antara satu sama lain.
Zon Jarak Komunikasi Intrepersonal
  • zon intim (15-46cm,pasangan dan keluarga)
  • zon peribadi (46-1.2cm,kawan-kawan dan sahabat)
  • zon sosial (1.2-3.6cm,membeli belah,terima surat dari posmen)
  • zon awam (3-6m,ceramah/kuliah)
Kemahiran Mendengar:-

*keupayaan pelajar mendengar dengan teliti , memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi.
Ciri-ciri Kemahiran Mendengar:-

-beri peluang orang lain bercakap
-pertembungan mata yang wajar
-sentiasa sabar
-tidak menyampuk
-berfikiran terbuka
-dorong mereka untuk bercakap
-sensitif kepada mesej yang bukan lisan
-tangkap dan ingat isi utama percakapan
-jangan berikan kesimpulan awal
-catat jika perlu
-dapatkan perasaan sebalik mesej
-selami perasaan penyampai (empati)


  1. INSENTIF-seseorang pendengar yang aktif akan memberi penumpuan secara intensif kepada apa yang diperkatakan oleh penutur dan pada masa yang sama mampu menganalisis beribu maklumat.
  2. EMPATI-empati memerlukan pendengar menggangap diri mereka sebagai penutur(mendalami perasaan orang lain).
  3. MEMBINA KEMAHIRAN MENDENGAR EFEKTIF-terdapat beberapa ciri penting untuk membina kemahiran mendengar yang efektif . Antaranya ialah dengan mengadakan interaksi secara berhadapan*gerakan tubuh badan dan mengutarakan soalan*
  4. MEMBINA KEMAHIRAN TINDAK BALAS-yang diperlukan dalam kemahiran mendengar ialah tindak balas yang positif bukannya tindak balas negatif. Tindak balal positif seseorang itu perlu menumpukan kepada gelagat tertentu,contohnya memberi pujian. 

Bina Insan Guru (kemahiran komunikasi)

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang...

Dalam komunikasi, dapat menjelaskan hakikat dan bagaimana proses komunikasi berlaku ,menjelaskan kepentingan komunikasi yang berkesan dan mengenalpasti faktor-faktor komunikasi boleh terhalang dan bagaimana ia dapat diatasi.

Hakikat dan Proses Komunikasi
Apa itu komunikasi?
-dalam bahasa latin:Communis=sama
-dalam bahasa inggeris:Common=sama
-komunikasi ialah satu cara manusia berhubung uang melibatkan pengertian atau maksud yang dikongsi dengan syarat mereka perlu bersetuju dengan definisi istilah-istilah yang digunakan  berdasarkan sesuatu yang simbolik seperti isyarat,huruf,nombor, dan perkataan yang melambangkan atau menyerupai idea-idea yang dapat menyampaikan maksud.

Definisi Komunikasi Berkesan 
*Satu proses penyampaian maklumat dari penyampai kepada penerima yang akan menghasilkan maklumbalas dan tindakbalas seperti yang diharapkan.
*Satu proses yang akan dapat mengubah cara seseorang berfikir dan mengubah kelakuan seseorang.

Proses komunikasi :-


Elemen-Elemen Komunikasi
~penyampai
~penerima
~maklumat/mesej
~maklum balas
~saluran
~konteks

Kategori Komunikasi
Terdapat 6 kategori dalam komunikasi,antaranya ialah:-
  1. Komunikasi Intrapersonal-bermonolog dengan diri dalam hati
  2. Komunikasi Intrepersonal-antara 2 orang dan tidak formal
  3. Komunikasi Kumpulan Kecil-10 orang ke bawah dan tidak formal
  4. Komunikasi Awam-pergaulan dengan orang awam dan formal
  5. Komunikasi Massa-melalui media (telefon,facabook)
  6. Komunikasi Organisasi-bos,pekerja,metting (hal-hal kerja)
Kepentingan Komunikasi Berkesan (TSI LEW C)
~menjimatkan masa
~sama hala tuju&maklumat
~memudahkan perubahan 
~memanfaatkan intelek manusia
~sistem kawalan efektif
~mengurangkan kesilapan
~kepimpinan berkesan
~kerja berbaloi hasilnya

Faktor Halangan Dalam Komunikasi

*DALAMAN
-pengalaman
-pengrtahuan
-emosi
-kepercayaan
-kepentingan

*LUARAN
-cuaca
-masa
-fizikal
-suhu
-bunyi

Cara Untuk Mengatasi Halangan Dalam Komunikasi
  • berfikiran terbuka
  • wujudkan kepercayaan
  • kikiskan segala prasangka
  • elakkan daripada dipengaruhi pengalaman silam
  • anggap semua perkara itu penting
  • pastikan mesej dan bahasa difahami
  • komunikasi pada masa dan cuaca yang sesuai
  • komunikasi pada suhu dan tempat yang selesa
seperti sebelum sebelum ini, lecturer akan adakan aktiviti. Aktiviti kali ini agak berlainan kerana setiap kumpulan akan menghantar seorang wakil dan kumpulan saya telah menghantar ummie atyrah sebagai wakil untuk kumpulan kami. lepas dari setiap kumpulan dah keluar,lecturer cakap nak tunjukkan bentuk-bentuk gangguan dalam komunikasi.. yang dimintak keluar ke depan tuu,lecture suruh mereka keluar dari kelas. selang beberapa minit, lecturer datang dekat kami yang berada didalam kelas untuk melakukan seberapa banyak gangguan yang boleh... fisrt yang dipanggil masuk ialah kumpulan antikmonkey,kumpulan antikmonkey menghantar isman sebagai wakil. gangguan yang dialami isman ketika didalam kelas ialah, para pelajar tidak memberi tumpuan sepenuhnya. sebagai contoh saya sendiri bermain telefon bimbit didalam kelas. ada yang tidur, berborak dan lain lain. lepas antikmonkey kumpulan cobra, cobra menghantar suhaida (kak su) sebagai wakil. apa gangguan yang dialami oleh Kak Su adalah apabila para pelajar mula bertanya soalan sebelum bermula. lepas cobra kumpulan tompok iaitu ummie atyrah .. saya ambil contoh dari kumpulan saya iaitu tompok. Wakil dari kumpulan saya ialah ummie atyrah. Ketika ummie atyrah masuk ke dalam kelas, keadaan didalam kelas sangat sunyi tetapi, bila ummie atyrah mula bersuara, kami mulakan gangguan iaitu perwatakkan excited dan over suka. Mungkin ummie agak terpinga pinga melihat keadaan kelas yang riuh seperti pasar malam. Apa apa pun, aktiviti pada hari itu sangat best

Bina Insan Guru (Pengurusan diri)

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang...

Adakah Bijaksana?
Adakah Baik?
Adakah Selalu tak cukup masa?
Adakah Gagal?
Adakah Masa tidak penting?
Kemahiran Pengurusan Diri

Terdapat 3 bahagian dalam kemahiran pengurusan diri ini,antaranya ialah:-
  1. pengurusan masa yang efisyen
  2. pembentukan personaliti
  3. pengurusan stress secara berkesan
Self Management :
*get goal~make plan~get to work~stick with it~reach goal

Definisi Pengurusan Masa:
-Suatu ilmu yang berkaitan dengan teknik dan cara seseorang itu mengurus,membahagi,dan mengatur masa sehariannua supaya dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. 
-Pada pandangan Merill.E.DOUGLAS , semua orang akan membuang masa sekurang-kurangnya 2jam setiap hari .

4 Aspek Kemahiran Mengurus Diri

1.Fizikal diri: keseimbangan jasad lahiriah
2.Emosi diri: kekuatan perasaan
3.Rohani diri: kekuatan dalaman
4.Mental diri: kekuatan minda(otak)

Bagaimana mengurus masa:
  • jangan bertangguh
  • utamakan tugas yang penting
  • beri peluang orang membantu
  • utamakan tugas sendiri
  • buat perancangan rapi
Punca-punca pembaziran masa

-tiada jadual kerja/belajar yang sistematik
-kerja tidak dirancang
-sanggup jadi 'pak sanggup'
-tiada kemahiran bekerja/belajar
-tiada semangat belajar/bekerja
-tiada disiplin diri
-gangguan dari[pada kawan


Akhir sekali, ingatlah 5 perkara sebelum 5 perkara.
  1. ingatlah mudamu sebelum tuamu
  2. ingatlah sihatmu sebelum sakitmu
  3. ingatlah kayamu sebelum miskinmu
  4. ingatlah lapangmu sebelum kesibukanmu
  5. ingatlah hidupmu sebelum matimu

Bina Insan Guru (Motivasi)

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang...

Apa itu motivasi ?


DEFINISI  MOTIVASI:-
*keadaan dalaman yang menggerak dan memberi arah kepada pemikiran,perasaan dan tingkahlaku.
*berasal daripada perkataan latin=Movere "kesungguhan mencapai matlamat"


MOTION (emosi) ACTION ( tingkah laku/tindakan) =   MOTIVATION

MOTIVASI DIRI (KENDIRI)
* I and ME

*tentang apa yang kita lihat mengenai diri kita melalui kaca mata,perasaan dan fikiran sendiri.


TEORI SEVENT SECRET OF SUCCESS

  • Score
  • Skill
  • Stratergy
  • Spirit&Support
  • Space
  • Speed
  • Spiritual
Seperti biasa, selepas tamat pembelajaran lecturer akan adakan aktiviti. Lecturer bagi sehelai kertas kepada setiap pelajar dan pelajar dikehendaki melukis gambar mereka sendiri. Memang teruk la masa ni.. macam macam lukisan. Lepas habis sesi melukis lecturer bagi lagi sehelai kertas untuk kami dan tuliskan apa yang akan kami capai pada masa akan datang dengan usaha sendiri. Tetapi mesti menggunakan teori sevent secret of success di atas. Selain itu, kami juga diminta menulis minat, kebolehan, kemahiran kelemahan masing masing.

Bina Insan Guru (KENEGARAAN MALAYSIA)

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang...


Sebelum mulanya pembelajaran, lecturer ada bagi kami tonton filem kapsul. alaa filem yang pernah masuk panggung tu.. filem tu la.. sebenarnya itu kali ke-2 saya tonton. sebelum ni pun dah tonton. jadi saya dah tahu jalan ceritanya.. 


Kapsul merupakan sebuah filem sains fiksyen yang diarahkan oleh Martias Ali dan dibintangi oleh Faizal Hussein ,Zamarul Hisyam ,Dato Rahim Razali, Irfan Khairi,Jue Aziz dan Elly Mazlein dan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Filem ini mengisahkan mengenai sebuah kapsul masa Wawasan 2020 yang ditanam oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad telah dicuri dan membawa Zohri (Faizal Hussein) kembali ke zaman silam. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 17 September 2015. Sebuah kapsul masa Wawasan 2020 yang ditanam oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad telah dicuri dan membawa Zohri (Faizal Hussein) kembali ke zaman silam. Zohri kini terperangkap di tengah pergolakan bangsa Melayu untuk mencapai kemerdekaan serta membawa bangsa Melayu keluar dari kancah kemiskinan. Zohri melihat dan merasa sendiri akan erti sebuah perjuangan bangsanya yang tidak pernah dia bayangkan selama ini. Dia melihat, dia merasai dan kini dia mulai memahami betapa peritnya liku-liku rentetan sejarah negara dan bangsa. Kembara Zohri berterusan dari satu era ke era seterusnya dan tiada siapa yang mampu membawa pulang ke zamannya kecuali dirinya sendiri.

Itulah serba sedikit sipnopsis filem kapsul. ok! apa yang kita dapat dari tonton filem ni ialah :-

  • Perjuangan nenek moyang kita untuk membebaskan tanah melayu dari jajahan orang jepun
  • semangat patriotik yang terdapat dalam diri anak muda yang ingin memperjuangkan hak mereka.
  • susah senang Tungku Abdul Rahman berunding untuk membebaskan tanah melayu.
  •  dapat menhayati tentang pengorbanan orang zaman dahulu untuk menuntu kemerdekaan


PROSES PEMBENTUKAN MALAYSIA:-
-Terdapat 3 peringkat sebelum menjadi sebuah negara yang dikenali sebagai Malaysia iaitu;
  1. Jawatankuasa perundingan perpaduan malaysia
  2. Suruhanjaya Cobbold
  3. Jawatankuasa antara kerajaan(JAK)
SEJARAH KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

1995
Pilihanraya umum pertama
PAS,parti buruh,parti progresif perak
Parti perikatan UMNO-MIC-MCA,memenangi kerusi 51/52
1956
Perjanjian London 1956
Suruhanjaya perlembangan komanwel/Suruhanjaya Ried
1957
Pengisytiharan kemerdekaan
Stadium merdeka
KESETIAAN KEPADA RAJA,KERAJAAN DAN NEGARA

Struktur Pemerintahan Malaysia
-Terdapat 3 kompenen utama dalam memastikan proses pentadbiran negara berjalan lancar,iaitu:
Yang diPertuan Agong
  1. Badan Eksekutif=menjalankan kuasa pentadbiran dan undang-undang
  2. Badan Perundangan=membuat undang-undang
  3. Badan Kehakiman=mentafsirkan undang-undang

c