26 January 2016

Bina Insan guru (Kemahiran Komunikasi 2)

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang...

Jenis Komunikasi:

Terdapat 2 jenis komunikasi iaitu, komunikasi secara lisan(verbal) dan bukan lisan(non verbal).
~komunikasi secara lisan ialah menggunakan suara yang difahami oleh penyampai dan penerima.
~komunikasi bukan lisan ialah mesej yang diluahkan/dipamerkan secara bukan linguistik(bahasa)
contohnya memek muka dan pergerakan mata,gerak badan,bahasa isyarat dan personaliti.

KEMAHIRAN INTREPERSONAL

Konsep Komunikasi Intrepersonal

*proses interaksi antara manusia dimana otrang yang bertutur dan bertukar-tukar pendapat,gerak,isyarat atau simbol dengan tujuan untuk memberi dan bertukar-tukar maklumat atau mengubah keadaan fizikal atau mental antara mereka.

Dua Ciri atau Peringkat Intrepersonal:-
  1. peringkat maklumat-fakta,idea dan pandangan
  2. peringkat perhubugan-perasaan,sikap dan nilai
Pra-syarat Komunikasi Intrepersonal

Terdapat 6 pra-syarat intrepersonal,antaranya ialah :
  1. Membina hubugan sosial-memahami dan menghormati unsur sosiobudaya.
  2. Wawacana ilmu-membantu mendalami pelbagai disiplin ilmu.
  3. Perundingan-mencapai persetujuan bersama.
  4. Kerjaya-dapat menjelaskan bidang kepakaran dan tahap kecekapan profesionalisma.
  5. Komuniti-memahami,menghormati dan menimbulkan rasa penerimaan dalam komuniti,situasi menjadi ceria.
  6. Bimbingan-membantu menyampaikan idea,maklumat,perasaan dan ekspresi tingkah laku antara satu sama lain.
Zon Jarak Komunikasi Intrepersonal
  • zon intim (15-46cm,pasangan dan keluarga)
  • zon peribadi (46-1.2cm,kawan-kawan dan sahabat)
  • zon sosial (1.2-3.6cm,membeli belah,terima surat dari posmen)
  • zon awam (3-6m,ceramah/kuliah)
Kemahiran Mendengar:-

*keupayaan pelajar mendengar dengan teliti , memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi.
Ciri-ciri Kemahiran Mendengar:-

-beri peluang orang lain bercakap
-pertembungan mata yang wajar
-sentiasa sabar
-tidak menyampuk
-berfikiran terbuka
-dorong mereka untuk bercakap
-sensitif kepada mesej yang bukan lisan
-tangkap dan ingat isi utama percakapan
-jangan berikan kesimpulan awal
-catat jika perlu
-dapatkan perasaan sebalik mesej
-selami perasaan penyampai (empati)


  1. INSENTIF-seseorang pendengar yang aktif akan memberi penumpuan secara intensif kepada apa yang diperkatakan oleh penutur dan pada masa yang sama mampu menganalisis beribu maklumat.
  2. EMPATI-empati memerlukan pendengar menggangap diri mereka sebagai penutur(mendalami perasaan orang lain).
  3. MEMBINA KEMAHIRAN MENDENGAR EFEKTIF-terdapat beberapa ciri penting untuk membina kemahiran mendengar yang efektif . Antaranya ialah dengan mengadakan interaksi secara berhadapan*gerakan tubuh badan dan mengutarakan soalan*
  4. MEMBINA KEMAHIRAN TINDAK BALAS-yang diperlukan dalam kemahiran mendengar ialah tindak balas yang positif bukannya tindak balas negatif. Tindak balal positif seseorang itu perlu menumpukan kepada gelagat tertentu,contohnya memberi pujian.