26 January 2016

Bina Insan Guru (kemahiran komunikasi)

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang...

Dalam komunikasi, dapat menjelaskan hakikat dan bagaimana proses komunikasi berlaku ,menjelaskan kepentingan komunikasi yang berkesan dan mengenalpasti faktor-faktor komunikasi boleh terhalang dan bagaimana ia dapat diatasi.

Hakikat dan Proses Komunikasi
Apa itu komunikasi?
-dalam bahasa latin:Communis=sama
-dalam bahasa inggeris:Common=sama
-komunikasi ialah satu cara manusia berhubung uang melibatkan pengertian atau maksud yang dikongsi dengan syarat mereka perlu bersetuju dengan definisi istilah-istilah yang digunakan  berdasarkan sesuatu yang simbolik seperti isyarat,huruf,nombor, dan perkataan yang melambangkan atau menyerupai idea-idea yang dapat menyampaikan maksud.

Definisi Komunikasi Berkesan 
*Satu proses penyampaian maklumat dari penyampai kepada penerima yang akan menghasilkan maklumbalas dan tindakbalas seperti yang diharapkan.
*Satu proses yang akan dapat mengubah cara seseorang berfikir dan mengubah kelakuan seseorang.

Proses komunikasi :-


Elemen-Elemen Komunikasi
~penyampai
~penerima
~maklumat/mesej
~maklum balas
~saluran
~konteks

Kategori Komunikasi
Terdapat 6 kategori dalam komunikasi,antaranya ialah:-
  1. Komunikasi Intrapersonal-bermonolog dengan diri dalam hati
  2. Komunikasi Intrepersonal-antara 2 orang dan tidak formal
  3. Komunikasi Kumpulan Kecil-10 orang ke bawah dan tidak formal
  4. Komunikasi Awam-pergaulan dengan orang awam dan formal
  5. Komunikasi Massa-melalui media (telefon,facabook)
  6. Komunikasi Organisasi-bos,pekerja,metting (hal-hal kerja)
Kepentingan Komunikasi Berkesan (TSI LEW C)
~menjimatkan masa
~sama hala tuju&maklumat
~memudahkan perubahan 
~memanfaatkan intelek manusia
~sistem kawalan efektif
~mengurangkan kesilapan
~kepimpinan berkesan
~kerja berbaloi hasilnya

Faktor Halangan Dalam Komunikasi

*DALAMAN
-pengalaman
-pengrtahuan
-emosi
-kepercayaan
-kepentingan

*LUARAN
-cuaca
-masa
-fizikal
-suhu
-bunyi

Cara Untuk Mengatasi Halangan Dalam Komunikasi
  • berfikiran terbuka
  • wujudkan kepercayaan
  • kikiskan segala prasangka
  • elakkan daripada dipengaruhi pengalaman silam
  • anggap semua perkara itu penting
  • pastikan mesej dan bahasa difahami
  • komunikasi pada masa dan cuaca yang sesuai
  • komunikasi pada suhu dan tempat yang selesa
seperti sebelum sebelum ini, lecturer akan adakan aktiviti. Aktiviti kali ini agak berlainan kerana setiap kumpulan akan menghantar seorang wakil dan kumpulan saya telah menghantar ummie atyrah sebagai wakil untuk kumpulan kami. lepas dari setiap kumpulan dah keluar,lecturer cakap nak tunjukkan bentuk-bentuk gangguan dalam komunikasi.. yang dimintak keluar ke depan tuu,lecture suruh mereka keluar dari kelas. selang beberapa minit, lecturer datang dekat kami yang berada didalam kelas untuk melakukan seberapa banyak gangguan yang boleh... fisrt yang dipanggil masuk ialah kumpulan antikmonkey,kumpulan antikmonkey menghantar isman sebagai wakil. gangguan yang dialami isman ketika didalam kelas ialah, para pelajar tidak memberi tumpuan sepenuhnya. sebagai contoh saya sendiri bermain telefon bimbit didalam kelas. ada yang tidur, berborak dan lain lain. lepas antikmonkey kumpulan cobra, cobra menghantar suhaida (kak su) sebagai wakil. apa gangguan yang dialami oleh Kak Su adalah apabila para pelajar mula bertanya soalan sebelum bermula. lepas cobra kumpulan tompok iaitu ummie atyrah .. saya ambil contoh dari kumpulan saya iaitu tompok. Wakil dari kumpulan saya ialah ummie atyrah. Ketika ummie atyrah masuk ke dalam kelas, keadaan didalam kelas sangat sunyi tetapi, bila ummie atyrah mula bersuara, kami mulakan gangguan iaitu perwatakkan excited dan over suka. Mungkin ummie agak terpinga pinga melihat keadaan kelas yang riuh seperti pasar malam. Apa apa pun, aktiviti pada hari itu sangat best