Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.
Hakikat insan itu bermaksud : Manusia
adalah 'NISYAN' yang berasal daripada perkataan arab membawa maksud
'KELUPAAN'.. Manusia ni merupakan seorang yang pelupa. Insan terdiri daripada rohani dan jasmani dan
dibahagi kepada ROH dan JASAD ..
-Rohani dikenali sebagai nyawa atau roh
-Jasmani dikenali sebagai tubuh atau jasad
Bina insan pula ada dua faktor yang korang semua kena ambil tahu iaitu :-
1-Fahami faktor pembentukan insan
2-Fahami faktor mutlak martabat insan
Untuk fahami faktor pembentukan insan mestilah ada corak
pimpinan&pendidikan ibu bapa ,pendidikan formal yang diterima
,pengalaman hidup dan kemahiran sosialisasi dengan persekitaran..
Hasilnya membentuk 3 jenis peribadi insan:
-Pasif
-Agresif
-Arsetif
Untuk fahami faktor mutlak martabat insan pula ialah terdiri daripada rohani dan jasmani..
*Roh dikenali sebagai nyawa
-keperluan roh mahukan iman&ilmu
*Jasmani dinamakan tubuh
-keperluan jasad perlukan kesihatan&keselamatan
Terdapat 4 penentuan martabat kualiti insan:-
1-Hati
2-Jasad
3-Akal
4-Nafsu
Sebelum kelas tamat, lecturerada bagi tugasan berkumpulan. setiap kumpulan mendapat soalan yang berbeza. kumpulan saya, kucing(tompok) mendapat soalan :
APAKAH YANG MENYEBABKAN AKAL BERKUALITI RENDAH DAN TINGGI?
Akal adalah fikiran manusia yang membolehkan manusia fikir benar atau salah serta menganalisis sesuatu yang berkemampuan dari segi pengalaman dan
pendidikan formal ataupun tidak formal. Akal juga boleh didefinisikan
sebagai untuk mengingat,menyimpan dan menilai.
Akal yang berkualiti tinggi ialah apabila seseorang yang berilmu maka
mereka akan menggunakan akal mereka dengan sebaik-baiknya.. Contohnya
orang yang berakal tinggi ini akan dapat keputusan yg cemerlang dalam
setiap akademik atau kurikulum seperti pelajar pelajar di Kolej
Perkembangan Awal Kanak-kanak(KPAKK) atau dimana-mana universiti yang
lain. Akal yang tinggi ini juga dapat membantu memajukan diri dan negara
dengan pengetahuan yang jelas dan luas untuk melahirkan insan yang
berguna dan tahu tujuan tersendiri. Cara pemakanan orang yang berakal
tinggi ini lain dari orang yang lain,contohnya mereka makan makanan yang
berkhasiat dan seimbang. Selain itu,cara hidup orang berakal tinggi
juga berbeza dgn orang lain,contohnya mereka sentiasa dengan buku dan
selalu pergi ke perpustakaan di KPAKK. Akhirnya,tingkah laku orang yang
berakal tinggi ini sering dikata kan orang yang bersopan-santun ,
pakaian mereka nampak cantik dan kemas sahaja seperti pelajar di KPAKK..
Akal yang berkualiti rendah ialah seseorang yang kurangnya ilmu maka
mereka akan menggunakan akal mereka dengan tidak baik.. Contohnya orang
yang berakal rendah ini akan mendapat keputusan yang tidak berapa baik
tetapi kadang-kala mereka aktif dalam bidang kurikulum atau kemahiran.
Akal yang rendah ini juga dapat membantu diri dan negara dengan
menguasai kemahiran-kemahiran yang ada di negera ini. Cara pemakanan
orang yang berakal rendah ini , mereka akan mengambil makanan yang tidak
berapa baik contohnya,makanan yang tidak seimbang seperti makanan
segera dan lain lain yang akan menyebabkan otak mereka menjadi lemah..
Disamping itu,cara hidup orang yang rendah akalnya seperti duduk
lepak-lepak di kedai,main permainan video dan pergi ke cyber cafe dengan tujuan
untuk berseronok.