Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang...
Hai semua.. harini first kelas. ada yang tertanya - tanya saya kolej mana. disebabkan ramai yang tanya, saya bagitahu la. saya belajar di Kolej Perkembangan Awal Kanak Kanak(KPAKK). Dah nama pun kolej perkembangan awal kanak kanak jadi course yang diambil mestilah berkaitan dengan kanak kanak. mungkin sebelum ini blog ini diguna kan untuk persendirian dan menceritakan jalan hidup saya sebagai seorang pelajar tapi kini blog ini bertujuan untuk digunakan sebagai perkongsian dalam perkembangan awal kanak kanak tetapi lebih kepada Bina Insan Guru(BIG).
Untuk pengetahuan semua. saya mengambil 5 subjek untuk sem 1. 5 subjek ini termasuk la bina insan guru. Bina insan guru merupakan subjek WAJIB diambil oleh setiap pelajar diploma. saya tidak mahu mengulas panjang tentang subjek ini. jom masuk ke segmen apa yang dipelajari didalam kelas BIG.
Seperti biasa, aktiviti pertama selepas masuk kelas ialah sesi perkenalkan diri. Lepas habis sesi perkenalkan diri, lecturer bagi 2 keping kertas yang tertulis lirik lagu... haaaaaaa.. nak tahu tak lagu apa?? kejap ea..
KITA
ADALAH INSAN
(Yantzen)
Kita adalah insan
Menumpang atas dunia
Aku dengan caraku
Yang sederhana
Kita adalah hamba
Berbakti pada Yang Esa
Aku mencari sinar
Keredhaannya
Kita sama sahaja
Bezanya cuma amalan kita
Engkau dan juga aku
Saling perlukan
Menumpang atas dunia
Aku dengan caraku
Yang sederhana
Kita adalah hamba
Berbakti pada Yang Esa
Aku mencari sinar
Keredhaannya
Kita sama sahaja
Bezanya cuma amalan kita
Engkau dan juga aku
Saling perlukan
Oh cinta yang murni
Sebagai ikatan
Yang kukuh di hati
Demi masa depan
Jangan dihancurkan
Hidup yang indah ini
Akibatnya merana
Jangan hancurkan
Hidup yang indah
Kita adalah hamba Yang Esa
Yang kukuh di hati
Demi masa depan
Jangan dihancurkan
Hidup yang indah ini
Akibatnya merana
Jangan hancurkan
Hidup yang indah
Kita adalah hamba Yang Esa
Dan lagu....
Bila Diri Di Sayangi
(UKAYS)
Terdengar bisikan mesraKalimah keramat bermentera
Bermulanya siang berakhir malamku
Tak akan kujemu menyebut namamu
Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan kasih
Merubah takdir
(Korus)
Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu
Terasa diriku kembali dipandu
Engkau yang pertama tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri
Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan kasih
Merubah takdir..
(ulang korus)
keikhlasan doa, keagungan kasih
Merubah takdir..
Haa... ni antara lagu yang diberi. lecturer tak suruh kami nyanyi tapi dia suruh kami baca dan fahamkan lirik lagu tu. Lepas tu, lecturer akan pilih salah seorang dari kami dan bertanya apa yang kami faham dengan lirik lagu tersebut. last, baru la kami bangun untuk menyanyikan lagu tersebut beramai ramai. tak lupa jugak kami dibahagikan kepada empat kumpulan dan saya dalam kumpulan kucing @ tompok. jujur saya katakan. subjek BIG ini sangat la seronok dan tidak terlalu stress. Mungkin kami akan stress juga dalam subjek ini tetapi hanya apabila untuk siapkan assignment.