MY DAUGHTER, HANA
Drama Korea Good Daughter, Hana - Drama korea The Women's Room
sudah hampir tamat. Drama tersebut akan digantikan dengan sebuah lagi
drama kisah keluarga yang hebat, sebuah kisah seorang anak perempuan
yang cuba mempertahankan legasi perniagaan keluarga.
Sinopsis Drama Korea Good Daughter, Hana
Dalam usaha mengekalkan legasi perniagaan sos keluarga, Jang Ha Na (Park Han Byul), yang merupakan anak perempuan keempat dalam keluarga telah diasuh seperti seorang lelaki. Dia menampilkan dirinya sebagai anak lelaki keluarga dalam usaha mempertahankan perniagaan sos keluarganya jatuh ke tangan pesaingnya.
Keluarga mereka telah memiliki empayar perniagaan sos tersebut selama beratus-ratus tahun. Keluarga dalam generasi terkini hanya memiliki anak-anak perempuan. Sebab itulah Jang Ha Na diasuh sebagai lelaki, tegas, berani dan berpakaian seperti lelaki.
Keluarga Jang memiliki Hwangso Soy Sauce Factory, yang telah menghasilkan sos soya selama dua abad. Apabila satu-satunya anak lelaki dalam keluarga tersebut meninggal dunia dalam kemalangan kereta api, Jang Ha-na, anak perempuan keempat keluarga, dipilih untuk menjadi pengganti yang akan datang. Walau bagaimanapun, kerana tradisi membenarkan pemilikan syarikat ini hanya kepada waris lelaki, Ha-na dibesarkan sebagai lelaki dan mesti menampilkan dirinya sebagai anak lelaki keluarga yang dikenali sebagai "Jang Eun-sung" untuk mewarisi empayar perniagaan keluarga tersebut.
Adakah rahsia penyamaran Jang Ha Na akan terbongkar? Nantikan tayangannya hingga ke akhir episod, ok...
Dibintangi oleh: Park Han-byul sebagai Jang Ha-na, Lee Tae-gon sebagi Han Yoon-chan, Jung Eun-woo sebagai Seol Do-hyun, Yoon Se-in sebagai Jang Ra-hee, Yoon Yoo-sun sebagai Joo Hyo-sun, Ha Jae-sook sebagai Jang Ha-myung, Park In-hwan sebagai Jang Pan-ro, Kim Ji-young sebagai Byun Jong-soon, Lee Hye-sook sebagai Im Chung-ran, Kim Joo-young sebagai Jang Ra-kong, Choi Jae-sung sebagai Seol Jin-mook dan Han Yoo-yi sebagai Seol Do-eun.
Mengikut carian di forum-forum, drama korea Good Daughter, Hana membawa tema cerita balas dendam, pandangan serong terhadap kaum wanita, ketamakan, gila kuasa, dan sebagainya yang diadun dalam drama menarik ini.
Sinopsis Watak Utama:
Park Han Byeol as Jang Ha Na / Jang Eun Seong
Jang Hana adalah anak ke empat daripada sebuah keluarga yang dihormati. Oleh kerana tiada abang, dia dibesarkan sebagai lelaki sejak dari umur 5 tahun. Disebabkan terlalu lama diasuh sebagai lelaki, dia bercakap dan berperangai seperti lelaki. Namun kecantikannya tetap terserlah disebalik pakaian lelaki yang dipakainya.
Oleh kerana Jang Ha na telah bertekad untuk menjaga ibunya yang disisihkan kerana dia perempuan simpanan ayahnya, Jang Ha Na telah menyembunyikan identiti sebenarnya di dalam sebuah kotak dan di tanam di dalam tanah. Bila waktunya tiba, dia akan kembali kepada identitinya yang asal.
Namun naluri kewanitaannya tidak dapat menyembunyikan kesedihan apabila dia menghadapi masalah atau kesulitan.
Seorang lelaki yang prejudis. Bahasanya sangat tajam dan penuh sindiran. Daripada zaman persekolahan dia selalu menimbulkan banyak masalah dan suka memberontak. Namun begitu, ada sisi menarik yang tersembunyi dalam dirinya. Sejak bertemu dengan Hana, hatinya yang beku menjadi cair.
Jeong Eun Woo as Seol Do Hyeon
Seorang lelaki kacak anggun dan bergaya yang belajar di Eropah. Sejak
ibunya meninggal dunia, dia mengisi kedudukan ibunya untuk bapanya dan
adik. Dia kaya dengan memiliki rumah mewah, kereta dan dia adalah waris
keluarga yang kaya raya.
Tetapi, kadang-kadang dia bertindak seperti seorang wanita. Dia takutkan
perkara-perkara yang remeh seperti serangga atau benda yang kotor. Jika
dia melihat sesuatu yang kotor atau serangga, dia menjerit seperti
perempuan. Apabila ia makan sesuatu yang panas atau masin, lidahnya
tidak boleh tahan. Perangainya kadangkala seperti seorang wanita.
Hyo Sun membantu Hana memenuhi permintaannya untuk menyertai kelas
membuat sos soya. Pan Ro pula mengarahkan Ra Gong dan Hana untuk saling
belajar antara satu sama lain. Jin Mook memilih untuk melupakan daripada
bertemu dengan Yoon Chan sebaliknya pergi bertemu dengan Do Hyun, yang
baru kembali daripada luar negara. Ringkasan Episod 11 - 16 Drama Korea Good Daughter, Hana
Ketika berlaku gerhana, Hana telah pengsan. Bila Jang Hana sedar dari
pengsan, dia sedar bahawa orang yang menyelamatkannya adalah Do Hyun.
Tetapi sebaliknya yang menyelamatkan Hana adalah Han Yoon Chan. Ra Hee
bercita-cita menjadi penyiar dan berkahwin dengan lelaki kaya.
Boleh baca Final Episod Drama Korea Good Daughter Hana pada pautan berikut:Ringkasan Episod 95 - 122 Drama Korea Good Daughter, Hana
1. Yoon Chan tidak hanya cuba untuk membalas dendam terhadap
perkara-perkara yang dihadapi oleh Jang Hana, tetapi satu cara yang
boleh membuatkan Jang Hana gembira adalah dengan mengembalikan
perniagaan keluarganya.
2. Dalam usaha untuk mencapai apa yang sangat dimahukan tersebut, Hana
akan perlu melalui bahaya apabila berurusan dengan kerenah bapa Do
Hyeon.
3. Yoon Chan sentiasa menjaga Hana sepanjang dia melalui cabaran getir
tersebut. Dialah juga yang menyelamatkan Hana di dalam hutan, dia umpama
penyelamat keluarga Hana ketika ditimpa kesusahan.
4. Do Hyeon menyuruh Hana berlagak sebagai kekasihnya agar ayahnya tidak
menganggu keluarga mereka lagi. DH sangat mementingkan diri sendiri. Do
Hyeon sanggup menjaja cerita mengatakan dia banyak berkorban untuk
Hana. Sanggup berkahwin dengan Boo Hoo kerana sayangkan Hana.
5. Yoon Chan tidak dapat melindungi Hana selamanya. Bila tengok episode 81, kita akan faham dimana ibu Hana tercedera dan dimasukkan ke hospital kerana perbuatan ayah Yoon Chan yang menyerang ibu Hana di restoran.
6. Bagi Hana pula, adakah beliau akan menerima cadangan Do Hyun tersebut? Walaupun ada sesetengah bahagian dalam drama ini agak lambat perjalanannya, drama ini masih sebuah cerita yang bagus. Ada pengajaran moral, nilai pengorbanan wanita dan kehidupan moral dalam masyarakat.
7. Walaupun Hana tidak dapat mewarisi syarikat keluarga, tetapi usaha yang dilakukannya selama ini berbaloi. Akhirnya dia berbahagia dengan Yoon Chan.
8. Pada akhir cerita, Jang Hana bersama dengan Lee Taegon (Han Yoon Chan). Mereka memiliki keserasian bersama-sama, dan hidup bahagia.
AKU MALAS DAH NAK CERITA PANJANG LEBAR.. SO AKU COPY PASTE JE LA DARI BLOG NI : http://www.aynorablogs.com/2014/08/drama-korea-good-daughter-hana.html
#TAG JANG HA-NA ALIAS JANG EUN SEONG COMEL KN XD


