22 October 2020

Late update, dah konvo!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Assalammualaikum gais. 🤣🤣 Ok pelik rasanya bila dah lama tak menulis. Sekarang sudah 2020. Tahun last aku menulis is tahun 2017. Sangat la lama. Untuk pengetahuan semua, alhamdullillah aku dah konvo. Dan yahhhh mcm apa yang aku kata dekat entri aku beberapa tahun yang lepas, aku sambung degree. Dekat mana? Kos apa? Itu aku cerita di post lain. Post harini aku cuma nak spam gambar hari hari ketika praktikum, sebelum konvo Dan semasa konvo. So, let's get started! BTW, entry terakhir aku is usahawan and I'm sorry gais, gambar waktu usahawan tak de. Just enjoy this. 

Ni waktu theatre musical. Alhamdullillah No 1! 

Waktu dalam kelas, tak ingat subjek apa. Just miss them a lot!

i just spam it.

Majlis perpisahan Tuan Haji. Hari terakhir kami dengan Tuan Haji

Ni masa kena present assignment. Belakang tu classmate aku.

Ni group aku yang buat persembahan tu

Ni adalah aktiviti terakhir aku rasa. Rasanya lah.

So, tu adalah hari hari atau aktiviti aktiviti terakhir aku di Kolej Perkembangan Awal Kanak kanak (sekarang dah tukar jadi Raudhah College).

Ni adalah geng geng praktikum aku. Time praktikum tak banyak gambar. 

Sebelum konvo, kita test dulu baju konvo. Aku rasa mcm Harry Potter time ni. 

Sabtu, 09 February 2019

Ni housemate aku. Dorang ni la yang ada bila aku susah Dan senang. 

Ni my abah, time konvo, aku perasan bila aku naik pentas ambik skroll, aku nampak abah aku menangis sebab dia tak pernah berpeluang tgk anak anak dia naik pentas ambik skroll. Waktu kakak aku, dia tak hadir sebab tak sihat, time abg aku, dia dekat pahang. Bila tiba waktu aku naik pentas, dia la orang pertama yang ready pakai segak segak. Lepas tu mulut dia dah habih habih cakap kat cucu cucu dia, tok abah nak pi tgk maksu ambik sijil ni. 

Ni dalam dewa sebelum nama kena panggil. 

Ni la kawan yang susah senang sama sama dari first sem sampai la dah konvo. Bahkan sekarang pun, still lagi dengan dia walaupun masing masing dah ada kerjaya. 

Ni la dia orang yang selalu kacau aku, selalu gurau gurau kasar dgn aku. Yang selalu usik aku. Semua dia la. 

So aku rasa yang ni je la kut. Apa yang jadi waktu diploma, dah membentuk aku jadi seperti sekarang. Aku akan sambung entry lain untuk sambungan Degree. 

Sejak seminggu yang lalu, kes Covid makin meningkat. Stay save semua. Jangan lupa jaga kebersihan, patuhi arahan yang dikeluarkan. Pakai face mask Dan hand senitizer. 

Assalammualaikum. 









11 August 2017

Usahawan

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang...

Dah lama tak menulis.. Harini rasa macam nak update something... So, semester ni memang agak busy dengan segala assignment yang perlu disubmit *baru je submit tadi* perkara baru dalam hidup aku bila aku kena handle karnival usahawan.. Bila karnival tu? Minggu depan 19/08/2017... Aku malas nak update panjang panjang...

Sebabnyaaa aku malas...

Kbaii...

19 April 2016

Kohort 21AG1

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang..

Hai...

Ehem... sebelum tu... apa yang bakal aku taip ni mungkin akan buat kohort aku terasa... umm aku bukan nak sebelahkn mana mana pihak pun ok... ni just luahan isi hati aku je... 

Sebelum tu... maksud kohort tu emmm macam batch la... batch 97,98 centu.... G1 tu pulak group 1... satu batch ada dalam 2 atau 3 group.... ok macam ni... since aku dah tukar kampus mai bukit merah... macam macam problem landa kohort 21A tu... lepas balik kem ada yang buat hal... dah selesai yang tu ingat ta da apa pa hal dah selain hal aku yg pindah kampus ni... then Victoria ni pulak buat hal... aku pun tatau hal apa...

One day tu aku tanya huda... knp dgn vic... ada masalah kat kolej ke... then jadi pulak salah faham antara aku dengan huda... dia kata dia ta de masalah apa even yg aku tanya tu soal vic bukan dia... kawan huda pulak sound aku.... ayuni pulak ada problem dia sendiri... aku..... entah la... rasanya kira ok la tu kan aku masih ambik hal kohort lama aku tu... kalau orang lain aku rasa dah lama dia ta peduli even dia dah pindah kohort or kampus kan.... tapi..... aku rasa macam ta dihargai.... sehari sebelum cuti sem.... aku gi makan makan gn huda ayuni sya gn thara... then tetiba depa kata terasa, tak puas hati gn aku.... bila aku tanya apa salah aku... knp ta puas hati.... depa kata ta dak apa... lupakan... then mcm mana aku nk perbaiki diri aku kalau salah aku kat depa pun aku tatau... thara pula cakap u make karma then u get karma... kiteorg pun nak buat apa yg u buat kat kiteorg...... see...... siap nak balas dendam lagi....

7 March 2016

Sekolah Oren

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Hai.

Pagi tadi ada pi sekolah lama.... saja nak menengok.... tak dak yang berubah.... masih sama macam dulu cuma bila dah masuk tahun baru ni..... banyak la jugak cikgu cikgu/pelajar pelajar baru yang masuk.... biasa la tu.... aku dulu pun centu.... baru baru ni keputusan SPM dah keluar so tahniah kepada semua calon yang straight A dan yang tak pun tahniah jugak.... jangan sedih sedih.... anda sudah pun lakukan yang terbaik.... tahniah jugak kepada calon calon SPM 2015 SMK bertam indah.... especially cousin I nadia anuar sebab dapat 7A... aku tak terkejut pun... lagipun hangkn pandaiiii......

Tadi pi sekolah tiba tiba terkenangkan zaman dulu... haha... 5 taun aku sekolah situ.... ingat lagi pernah kantoi dengan cikgu baca novel senyap senyap dekat belakang kelas(aku ni kaki novel).... pi coop beli kerepek time rehat.... bila cikgu tak masuk kelas atau ada hal lain... pakat pi kantin study.... kami study kat kantin tau bukan library... lepas PMR gaduh dengan kawan then satu kelas pulaukan aku.... masuk pertandingan kawad kaki peringkat sekolah... masa latihan toksah dok cakap laa... penat oooo.... lepas habis sekolah terus stay kat sekolah sampai petang.... pi lawatan sejarah... paling malu kena tengking dengan cikgu depan pelajar len.... 2 3 orang tak pa gak.... ni hampir 1000 orang.... maunya tak malu...

Tolong cikgu jual time hari kantin... sehari sebelum hari kantin tu terjadi salah faham.... kali kedua kena tengking dengan cikgu depan pelajar len.... wuishhhhh nak menangis pun ada masa tu.... hahahahahahaaa tapi semua tu jadi kenangan laa... rindunyaaaaaa sekolah oren.... yang paling best and yang takkan pernah aku lupa bila kelas aku naib johan untuk Drama competition.... aku memang tak sangka sampai la sekarang sebab kami tak banyak belatih dan prop sangat lah sikit.... rezeki untuk usaha yang kami buat.... alhamdulillah... kalau tengok kelas lain... ada yang lagi hebat dari kelas kami.... dapat naib johan pun dah ok dan amat besar maknanya untuk kami.... terima kasih teacher hil selaku guru kelas dan aiman selaku ketua kelas.... penolong???? Penolong tu aku.....

Betul la orang kata.... zaman sekolah lah masa untuk kita enjoy.... bila dah masuk kolej/keje.... semua tu dah tak de.... yang tinggal pun hanya memori.... nanti dah tak de kawan yang macam celaka kutuk kita.... dah tak bole nak buat jahat pun.... memang aku sangat rindukan zaman sekolah....

1 March 2016

Kenapa PAKK??

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang

Hai.

Ramai yang tanya kenapa  ambik pendidikan awal kanak kanak(PAKK)?? Sebenarnya aku tak de jawapannya... aku dapat banyak tawaran... dari IPTA sampai la IPTS.... tapi tak tau kenapa aku pilih PAKK sedangkan aku ni minat seni... ada gak dapat seni kat uitm... tapi mak aku tak bagi... katanya seni tak de kerjaya... nursing pun aku dapat... tapi time tu aku dah study.... and mak aku tak bagitau pun aku dapat nursing...  aku minat senanya seni ni... cita cita aku nak jadi apa ea tu orang panggil pereka dalaman???? Haahhhh... yg tu... ataupun wedding planner.... tapi myb jodoh aku lebih terarah kanak kanak kan sebab aku pun macam bebudak....

Aku ingat PAKK ni terhad untuk cikgu tadika je... tapi sebenarnya banyak lagi.... kaunselor kanak kanak, pakar kanak kanak, pemilik tadika... lepas je habis dip, insyaallah aku sambung degree... myb dalam physiology... ataupun course yang tak de kaitan dengan kanak kanak....

2 February 2016

soalan interpersonal

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang...
 
 

Bincangkan kemahiran interpersonal yang boleh diaplikasikan oleh guru bagi menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. 

 

 

 JAWAPAN?

 

NEXT SEASON OK!! KORANG BUAT SENDIRI DULU.... 

 

KBYEEE

26 January 2016

Bina Insan Guru (topik terakhir :- KEMAHIRAN KERJA BERPASUKAN)

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang...

Ini adalah topic terakhir untuk subjek Bina Insan Guru.
Kemahiran kerja berpasukan :-
terbahagi kepada dua iaitu:-
  1. Kerja secara kumpulan 
  2. Kerja secara berpasukan
Definisi Kerja Kumpulan

-individu yang melakukan kerja masing-masing dalam kumpulan tetapi tidak mempunyai matlamat yang sama dan tujuannya hanya untuk mendapatkan ganjaran.
                                                       
Definisi Kerja Berpasukan

-pasukan merujuk satu unit kumpulan orang yang mempunyai dua atau lebih yang saling berinteraksi dan menyelaras kerja-kerja mereka untuk mencapai matlamat bersama-sama.


TEAM

T-Together
E-each
A-achieve
M-more



KEPENTINGAN PASUKAN

Prinsip
  • kenali diri dan ahli pasukan
  • kenali objektif organisasi/pasukan
  • boleh bekerja dengan pelbagai peringkat
  • bertolak ansur dengan perbezaan
  • pendengar yang baik
  • cuba memahami orang lain
  • fleksibel dalam menerima teguran
  • terbuka dan tidak bertindak secara stereotaip
  • pembahagian tugas dilakukan secara bijak
  • lakukan apa yang benar

Faedah
  • persekitaran lebih bermotivasi
  • tindak balas segera terhadap perubahan teknologi
  • berkongsi tanggungjawab
  • klasifikasikan kerja untuk pembahagian  tugas lebih mudah(lebih efektif)
  • tujuan dan nilai yang sama
  • penyelesaian masalah secara proaktif, inovatif dan efektif
  • membaiki diri
  • meningkatkan kemahiran berkomunikasi
  • keputusan yang lebih bijak
  • membina skill di kalangan kakitangan 
  • sistem pengesanan masalah awal

KITARAN BENTUK PASUKAN
  • Cabaran getir pemimpin yang pertama ialah pembentukan pasukan.
  • forming(pembentukan) storming(pencetusan) norming(penormaan) perfomance(prestasi) adjourning(penanguhan)
  • permulaan~konflik~penyesuian~produktif~kejayaan/penamatan
DINAMIKA PASUKAN

~Tahap-tahap perkembangan pasukan dan ciri-cirinya :-

PERMULAAN

*belum saling mengenali
*ada rasa tidak selamat
*ada rasa terancam
*ada rasa tidak pasti
*memerhati dan diamkan diri
*mungkin bertindak agresif
*mungkin cuba mendominasi-mengawal kumpulan

KONFLIK

*banyak salah persepsi
*banyak salah komunikasi
*banyak perbezaan idea
*banyak konflik berlaku-jika gagal diatasi wujudkan kesan seperti :
tidak puas hati
mengundurkan diri
keluar dari pasukan

PENYESUAIAN

*membetulkan persepsi
*lebih empati
*menyesuaikan komunikasi
*lebih banyak mendengar
*menyesuaikan gaya diri
*kenalpasti peranan sesuai untuk menyumbang kepada kebaikan pasukan

PRODUKTIVITI

*menambahkan ciri-ciri di tahap penyesuian
*komunikasi berjalan lancar
*melaksanakan dan menyelesaikan tugasan
*mencapai matlamat kumpulan
*kebajikan ahli diberikan perhatian

KEJAYAAN/PENAMATAN

*kepuasan tercapai
*meraikan kejayaan
*merancang projek baru
*meninggalkan kumpulan untuk peningkatan kendiri

MODEL PASUKAN BERKESAN

-bergantung pada hasil kerja iaitu output yang produktif, kepuasan individu dan kemampuan untuk belajar menyesuaikan persekitaran.

FAKTOR-FAKTOR KEBERKESANAN PASUKAN

-konteks organisasi-struktur formal-persekitaran-budaya-strategi-ganjaran-sistem kawalan

KARATERISTIK PASUKAN

-etika , peranan , saiz , kepelbagaian
-pasukan yang baik tidak melebihi 12 orang

-sosioemosi & specialsisme

Alhamdulillah.. siap juga assignment individu blog ini. terima kasih kepada lecturer dan kawan kawan kerana pinjamkan nota untuk saya salin dan melengkapkan nota ini. terima kasih.

Bina Insan Guru (MISI DAN VISI KPAKK)

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang...

MISI
Untuk memupuk pemimpin yang berpengetahuan, mahir & berperwatakan.

VISI
Untuk menjadi sebuah institusi kepimpinan rujukan & pilihan.

NILAI-NILAI TERAS
Pembelajaran  bermakna berdasarkan bermain & gembira 

Kemahiran mendapatkan ilmu pengetahuan & keberkesanannya untuk kebaikan diri sendiri & masyarakat

Bina Insan Guru (INTERPRETASI BAHASA BADAN)

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang...

Masih didalam tajuk komunikasi, saya menyambung nota hari ini.

Bahasa badan:-
*berlaku tanpa menggunakan sebarang perkataan.
*kandungan boleh menunjukkan maksud yang tersirat sukar untuk dipastikan bila berakhir kerana mungkin tersembunyi.

Jenis Komunikasi Interpretasi
Terdapat 3 jenis komunikasi,antaranay ialah:-


  • komunikasi tangan.
  • komunikasi muka.
  • komunikasi kepala

komunikasi tangan

komunikasi muka

Aspek Mengukuhkan Komunikasi Interpretasi Badan

Terdapat 9 teknik/perkara interpretasi:-
  • kontak mata
  • posisi badan
  • isyarat fizikal menggunakan tangan kaki&anggota lain
  • pakaian/perwatakan
  • kepelbagaian suara
  • ditambah dengan penggunaan bahasa yabg tepat
  • penglibatan penonton'audience'
  • unsur jenaka/gurauan
  • karisma diri-cara bercakap,cara berkomunikasi

Bina Insan guru (Kemahiran Komunikasi 2)

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang...

Jenis Komunikasi:

Terdapat 2 jenis komunikasi iaitu, komunikasi secara lisan(verbal) dan bukan lisan(non verbal).
~komunikasi secara lisan ialah menggunakan suara yang difahami oleh penyampai dan penerima.
~komunikasi bukan lisan ialah mesej yang diluahkan/dipamerkan secara bukan linguistik(bahasa)
contohnya memek muka dan pergerakan mata,gerak badan,bahasa isyarat dan personaliti.

KEMAHIRAN INTREPERSONAL

Konsep Komunikasi Intrepersonal

*proses interaksi antara manusia dimana otrang yang bertutur dan bertukar-tukar pendapat,gerak,isyarat atau simbol dengan tujuan untuk memberi dan bertukar-tukar maklumat atau mengubah keadaan fizikal atau mental antara mereka.

Dua Ciri atau Peringkat Intrepersonal:-
  1. peringkat maklumat-fakta,idea dan pandangan
  2. peringkat perhubugan-perasaan,sikap dan nilai
Pra-syarat Komunikasi Intrepersonal

Terdapat 6 pra-syarat intrepersonal,antaranya ialah :
  1. Membina hubugan sosial-memahami dan menghormati unsur sosiobudaya.
  2. Wawacana ilmu-membantu mendalami pelbagai disiplin ilmu.
  3. Perundingan-mencapai persetujuan bersama.
  4. Kerjaya-dapat menjelaskan bidang kepakaran dan tahap kecekapan profesionalisma.
  5. Komuniti-memahami,menghormati dan menimbulkan rasa penerimaan dalam komuniti,situasi menjadi ceria.
  6. Bimbingan-membantu menyampaikan idea,maklumat,perasaan dan ekspresi tingkah laku antara satu sama lain.
Zon Jarak Komunikasi Intrepersonal
  • zon intim (15-46cm,pasangan dan keluarga)
  • zon peribadi (46-1.2cm,kawan-kawan dan sahabat)
  • zon sosial (1.2-3.6cm,membeli belah,terima surat dari posmen)
  • zon awam (3-6m,ceramah/kuliah)
Kemahiran Mendengar:-

*keupayaan pelajar mendengar dengan teliti , memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi.
Ciri-ciri Kemahiran Mendengar:-

-beri peluang orang lain bercakap
-pertembungan mata yang wajar
-sentiasa sabar
-tidak menyampuk
-berfikiran terbuka
-dorong mereka untuk bercakap
-sensitif kepada mesej yang bukan lisan
-tangkap dan ingat isi utama percakapan
-jangan berikan kesimpulan awal
-catat jika perlu
-dapatkan perasaan sebalik mesej
-selami perasaan penyampai (empati)


  1. INSENTIF-seseorang pendengar yang aktif akan memberi penumpuan secara intensif kepada apa yang diperkatakan oleh penutur dan pada masa yang sama mampu menganalisis beribu maklumat.
  2. EMPATI-empati memerlukan pendengar menggangap diri mereka sebagai penutur(mendalami perasaan orang lain).
  3. MEMBINA KEMAHIRAN MENDENGAR EFEKTIF-terdapat beberapa ciri penting untuk membina kemahiran mendengar yang efektif . Antaranya ialah dengan mengadakan interaksi secara berhadapan*gerakan tubuh badan dan mengutarakan soalan*
  4. MEMBINA KEMAHIRAN TINDAK BALAS-yang diperlukan dalam kemahiran mendengar ialah tindak balas yang positif bukannya tindak balas negatif. Tindak balal positif seseorang itu perlu menumpukan kepada gelagat tertentu,contohnya memberi pujian. 

Bina Insan Guru (kemahiran komunikasi)

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang...

Dalam komunikasi, dapat menjelaskan hakikat dan bagaimana proses komunikasi berlaku ,menjelaskan kepentingan komunikasi yang berkesan dan mengenalpasti faktor-faktor komunikasi boleh terhalang dan bagaimana ia dapat diatasi.

Hakikat dan Proses Komunikasi
Apa itu komunikasi?
-dalam bahasa latin:Communis=sama
-dalam bahasa inggeris:Common=sama
-komunikasi ialah satu cara manusia berhubung uang melibatkan pengertian atau maksud yang dikongsi dengan syarat mereka perlu bersetuju dengan definisi istilah-istilah yang digunakan  berdasarkan sesuatu yang simbolik seperti isyarat,huruf,nombor, dan perkataan yang melambangkan atau menyerupai idea-idea yang dapat menyampaikan maksud.

Definisi Komunikasi Berkesan 
*Satu proses penyampaian maklumat dari penyampai kepada penerima yang akan menghasilkan maklumbalas dan tindakbalas seperti yang diharapkan.
*Satu proses yang akan dapat mengubah cara seseorang berfikir dan mengubah kelakuan seseorang.

Proses komunikasi :-


Elemen-Elemen Komunikasi
~penyampai
~penerima
~maklumat/mesej
~maklum balas
~saluran
~konteks

Kategori Komunikasi
Terdapat 6 kategori dalam komunikasi,antaranya ialah:-
  1. Komunikasi Intrapersonal-bermonolog dengan diri dalam hati
  2. Komunikasi Intrepersonal-antara 2 orang dan tidak formal
  3. Komunikasi Kumpulan Kecil-10 orang ke bawah dan tidak formal
  4. Komunikasi Awam-pergaulan dengan orang awam dan formal
  5. Komunikasi Massa-melalui media (telefon,facabook)
  6. Komunikasi Organisasi-bos,pekerja,metting (hal-hal kerja)
Kepentingan Komunikasi Berkesan (TSI LEW C)
~menjimatkan masa
~sama hala tuju&maklumat
~memudahkan perubahan 
~memanfaatkan intelek manusia
~sistem kawalan efektif
~mengurangkan kesilapan
~kepimpinan berkesan
~kerja berbaloi hasilnya

Faktor Halangan Dalam Komunikasi

*DALAMAN
-pengalaman
-pengrtahuan
-emosi
-kepercayaan
-kepentingan

*LUARAN
-cuaca
-masa
-fizikal
-suhu
-bunyi

Cara Untuk Mengatasi Halangan Dalam Komunikasi
  • berfikiran terbuka
  • wujudkan kepercayaan
  • kikiskan segala prasangka
  • elakkan daripada dipengaruhi pengalaman silam
  • anggap semua perkara itu penting
  • pastikan mesej dan bahasa difahami
  • komunikasi pada masa dan cuaca yang sesuai
  • komunikasi pada suhu dan tempat yang selesa
seperti sebelum sebelum ini, lecturer akan adakan aktiviti. Aktiviti kali ini agak berlainan kerana setiap kumpulan akan menghantar seorang wakil dan kumpulan saya telah menghantar ummie atyrah sebagai wakil untuk kumpulan kami. lepas dari setiap kumpulan dah keluar,lecturer cakap nak tunjukkan bentuk-bentuk gangguan dalam komunikasi.. yang dimintak keluar ke depan tuu,lecture suruh mereka keluar dari kelas. selang beberapa minit, lecturer datang dekat kami yang berada didalam kelas untuk melakukan seberapa banyak gangguan yang boleh... fisrt yang dipanggil masuk ialah kumpulan antikmonkey,kumpulan antikmonkey menghantar isman sebagai wakil. gangguan yang dialami isman ketika didalam kelas ialah, para pelajar tidak memberi tumpuan sepenuhnya. sebagai contoh saya sendiri bermain telefon bimbit didalam kelas. ada yang tidur, berborak dan lain lain. lepas antikmonkey kumpulan cobra, cobra menghantar suhaida (kak su) sebagai wakil. apa gangguan yang dialami oleh Kak Su adalah apabila para pelajar mula bertanya soalan sebelum bermula. lepas cobra kumpulan tompok iaitu ummie atyrah .. saya ambil contoh dari kumpulan saya iaitu tompok. Wakil dari kumpulan saya ialah ummie atyrah. Ketika ummie atyrah masuk ke dalam kelas, keadaan didalam kelas sangat sunyi tetapi, bila ummie atyrah mula bersuara, kami mulakan gangguan iaitu perwatakkan excited dan over suka. Mungkin ummie agak terpinga pinga melihat keadaan kelas yang riuh seperti pasar malam. Apa apa pun, aktiviti pada hari itu sangat best

Bina Insan Guru (Pengurusan diri)

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang...

Adakah Bijaksana?
Adakah Baik?
Adakah Selalu tak cukup masa?
Adakah Gagal?
Adakah Masa tidak penting?
Kemahiran Pengurusan Diri

Terdapat 3 bahagian dalam kemahiran pengurusan diri ini,antaranya ialah:-
  1. pengurusan masa yang efisyen
  2. pembentukan personaliti
  3. pengurusan stress secara berkesan
Self Management :
*get goal~make plan~get to work~stick with it~reach goal

Definisi Pengurusan Masa:
-Suatu ilmu yang berkaitan dengan teknik dan cara seseorang itu mengurus,membahagi,dan mengatur masa sehariannua supaya dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. 
-Pada pandangan Merill.E.DOUGLAS , semua orang akan membuang masa sekurang-kurangnya 2jam setiap hari .

4 Aspek Kemahiran Mengurus Diri

1.Fizikal diri: keseimbangan jasad lahiriah
2.Emosi diri: kekuatan perasaan
3.Rohani diri: kekuatan dalaman
4.Mental diri: kekuatan minda(otak)

Bagaimana mengurus masa:
  • jangan bertangguh
  • utamakan tugas yang penting
  • beri peluang orang membantu
  • utamakan tugas sendiri
  • buat perancangan rapi
Punca-punca pembaziran masa

-tiada jadual kerja/belajar yang sistematik
-kerja tidak dirancang
-sanggup jadi 'pak sanggup'
-tiada kemahiran bekerja/belajar
-tiada semangat belajar/bekerja
-tiada disiplin diri
-gangguan dari[pada kawan


Akhir sekali, ingatlah 5 perkara sebelum 5 perkara.
  1. ingatlah mudamu sebelum tuamu
  2. ingatlah sihatmu sebelum sakitmu
  3. ingatlah kayamu sebelum miskinmu
  4. ingatlah lapangmu sebelum kesibukanmu
  5. ingatlah hidupmu sebelum matimu