22 October 2020

Late update, dah konvo!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Assalammualaikum gais. 🤣🤣 Ok pelik rasanya bila dah lama tak menulis. Sekarang sudah 2020. Tahun last aku menulis is tahun 2017. Sangat la lama. Untuk pengetahuan semua, alhamdullillah aku dah konvo. Dan yahhhh mcm apa yang aku kata dekat entri aku beberapa tahun yang lepas, aku sambung degree. Dekat mana? Kos apa? Itu aku cerita di post lain. Post harini aku cuma nak spam gambar hari hari ketika praktikum, sebelum konvo Dan semasa konvo. So, let's get started! BTW, entry terakhir aku is usahawan and I'm sorry gais, gambar waktu usahawan tak de. Just enjoy this. 

Ni waktu theatre musical. Alhamdullillah No 1! 

Waktu dalam kelas, tak ingat subjek apa. Just miss them a lot!

i just spam it.

Majlis perpisahan Tuan Haji. Hari terakhir kami dengan Tuan Haji

Ni masa kena present assignment. Belakang tu classmate aku.

Ni group aku yang buat persembahan tu

Ni adalah aktiviti terakhir aku rasa. Rasanya lah.

So, tu adalah hari hari atau aktiviti aktiviti terakhir aku di Kolej Perkembangan Awal Kanak kanak (sekarang dah tukar jadi Raudhah College).

Ni adalah geng geng praktikum aku. Time praktikum tak banyak gambar. 

Sebelum konvo, kita test dulu baju konvo. Aku rasa mcm Harry Potter time ni. 

Sabtu, 09 February 2019

Ni housemate aku. Dorang ni la yang ada bila aku susah Dan senang. 

Ni my abah, time konvo, aku perasan bila aku naik pentas ambik skroll, aku nampak abah aku menangis sebab dia tak pernah berpeluang tgk anak anak dia naik pentas ambik skroll. Waktu kakak aku, dia tak hadir sebab tak sihat, time abg aku, dia dekat pahang. Bila tiba waktu aku naik pentas, dia la orang pertama yang ready pakai segak segak. Lepas tu mulut dia dah habih habih cakap kat cucu cucu dia, tok abah nak pi tgk maksu ambik sijil ni. 

Ni dalam dewa sebelum nama kena panggil. 

Ni la kawan yang susah senang sama sama dari first sem sampai la dah konvo. Bahkan sekarang pun, still lagi dengan dia walaupun masing masing dah ada kerjaya. 

Ni la dia orang yang selalu kacau aku, selalu gurau gurau kasar dgn aku. Yang selalu usik aku. Semua dia la. 

So aku rasa yang ni je la kut. Apa yang jadi waktu diploma, dah membentuk aku jadi seperti sekarang. Aku akan sambung entry lain untuk sambungan Degree. 

Sejak seminggu yang lalu, kes Covid makin meningkat. Stay save semua. Jangan lupa jaga kebersihan, patuhi arahan yang dikeluarkan. Pakai face mask Dan hand senitizer. 

Assalammualaikum.